Isnin, 31 Disember 2012

usaha 2013 --"


Semua insan yang dilahirkan di muka bumi ini dambakan kejayaan. Kejayaan terbahagi kepada dua iaitu kejayan dunia dan kejayaan akhirat. Kejayaan merupakan sesuatu yang cukup subjektif. Kadang kala kejayaan seseorang ditafsir mengikut gaya dan cara tersendiri.
Sebagai contoh, Si Ahmad telah mendapat nombor satu di dalam kelas. Maka ada seseorang yang mengukur itu sebagai kejayaan.Mungkin pula seseorang berkata itu bukan kejayaan kerana kejayaan sebenarnya terletak kepada pencapaian SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan sebagainya. Apa pun penilaian seseorang terhadap kejayaan, kita mestilah mempunyai matlamat atau tujuan dalam hidup.




Matlamat ini akan menjadi sasaran kita. Jadi pada pendapat saya, apabila seseorang berjaya mencapai sasaran yang telah di tetapkan, maka ia telah berjaya mendapatkan kejayaan. Sebab itu banyak kursus motivasi atau ceramah-ceramah yang menekankan soal sasaran pencapaian dalam hidup. Jika seseorang tiada sasaran di dalam hidup ini, maka orang ini adalah antara mereka yang tidak akan berjaya.
Bicara tentang kejayaan, bukan sekadar menetapkan sasaran, apa yang cukup penting ialah usaha. Usaha meliputi pelbagai cara. Apa yang harus kita fikirkan ialah menggunakan cara yang betul demi mendapatkan sesuatu kejayaan. Sebagai contoh, jika adik-adik diluar sana ingin memperoleh kejayaan di dalam pelajaran, apa yang harus dibuat ialah mengulangkaji pelajaran di samping memberikan fokus sepenuhnya semasa di dalam kelas. Mustahil seseorang itu memperoleh ilmu dengan cara ponteng ke sekolah dan tidak pernah membuka buku untuk mengulangkaji pelajaran.
Jadi serba ringkas nasihat untuk semua, sebelum membuat sesuatu perkara, rancanglah ia, letakkan sasaran, serta berusahalah ke arah sasaran tersebut. Memang benar kadang kala apa yang di rancang tidak semestinya tercapai, sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan usaha kerana segala-galanya di tentukan oleh Maha Pencipta kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan